Friday 9 November 2012

‘Kelantan berhak terima royalti minyak







Kelantan berhak menerima royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kedudukan pesisir pantainya, kata Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pendirian itu diulangi Nik Aziz dengan merujuk kepada dua negeri lain iaitu Sabah dan Sarawak yang turut menerima royalti minyak sedangkan Kelantan dinafikan hak yang sama.
Tegasnya, pesisir pantai Kelantan adalah lebih dekat dengan lokasi pelantar minyak di perairan pantai timur semenanjung tersebut.
“Sarawak lebih jauh dari pelantar minyak tetapi sudah lama diberikan royaltinya. Tetapi tidak bagi Kelantan yang sepatutnya berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil cari gali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri.
“Kalau Kelantan tidak dapat itu tidak munasabah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran tabung Lebuh Raya Rakyat Kuala Krai ke Kota Bharu di Kompleks Media Karangkraf, di sini semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.”
Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu
kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Najib berkata, pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

Nik Aziz persoal Jawatankuasa Khas

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS turut mempersoalkan penubuhan Jawatankuasa Khas oleh Kerajaan Persekutuan.
“Sepatutnya masa dia nak sekat pemberian royalti dahulu lagi dia buat jawatankuasa kerana akta dibuat dalam parlimen zaman Tun Razak lagi. Sepatutnya ketika kerajaan Persekutuan tidak mahu beri royalti, masa itulah ada jawatankuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, dan jawatankuasa itu akan mengambil tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.
Merujuk kepada perjanjian dengan Petronas pada 1975,  pembayaran royalti 5 peratus sebagaimana termaktub, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak.
Sementara itu beliau berkata pihaknya belum melantik nama wakil Kelantan dalam jawatankuasa berkenaan dan perkara itu akan dibuat selepas selesai mengadap Tuanku Sultan
.

Tuesday 11 September 2012

Royalti Minyak Kelantan. Sampai Bila Rakyat Kelantan Harus Menunggu Hak Mereka?


royalti minyak kelantan2 Royalti Minyak Kelantan. Sampai Bila Rakyat Kelantan Harus Menunggu Hak Mereka?
Bagi kami, isu royalti minyak Kelantan ini cukup mudah untuk difahami. Ini memang terbukti hak negeri Kelantan iaitu hak bersama seluruh rakyat Kelantan. Persoalannya sekarang kenapa kerajaan persekutuan mengambil “jalan sukar” untuk menguruskan pemberian hak royalti minyak Kelantan ini?
royalti minyak kelantan Royalti Minyak Kelantan. Sampai Bila Rakyat Kelantan Harus Menunggu Hak Mereka?
Tak perlu tunggu negara kita ditadbir “orang asing”, bangsa sendiri masih tidak mengendahkan hak bangsanya sendiri
Jangan kita buat perjanjian , kita “pijak semula” perjanjian tersebut”
Apabila kita bercakap tentang hak, kita kena pulangkan hak tersebut semula kepada penerima yang sepatutnya. Jika kita mahu hak kita dihormati, hormati dahulu hak orang lain.

Sunday 1 July 2012

BUKTI MINYAK ADA DIKELANTAN


Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)
Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).
Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18
- Block B-17
- Block C-19
Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).
Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.
Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.
Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.
Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.
Terjemahan dari Energy Information Administration
APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.
- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
Read more at: 

Penjelasan Husam tentang hasil minyak Kelantan





Kekayaan Bumi Kelantan Dengan Hasil Minyak…
900juta – 1b untuk 6 tahun…
Sudah 6 tahun Kerajaan Umno BN tak Bayar Royalti Minyak Kepada Kerajaan Kelantan Darul Naim Di Bawah PimpinanTok Guru Nik Aziz

Harap sangat-sangat PM atau Pemimpin-pemimpin Umno BN yang lain tak payah lagilah nak bercakap pasal Rakyat di utamakan ataupun Perpaduan Semua Kaum, Kalau Masalah Royalti kepada Kerajaan Kelantan tidak dapat diselesaikan…
Inilah sebenarnya yang perlu PM dan pemimpin Umno BN utamakan… kerana ini adalah hak rakyat Kelantan..
Jangan Menzalimi hak rakyat Kelantan (pinkturtle2.wordpress.com)

Isu royalti minyak Kelantan : Laporan JPKM 2007 sahkan KERAjaan BN berbohong


malaysia-JDA
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/saifudintunjukbukukepada%20TGHadi.jpg
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu

Inilah bukti gambar pelantar cakerawala yang dikatakan itu..

Cuba anda perhatikan dua bendera yang sedang berkibar itu, bendera negara kita Malaysia dan Thailand.
Ini pula pandangan dari udara
Ini pula pandangan dari laut,
Helikopter inilah yang telah membawa jurukamera untuk mengambil gambar diatas.
 ”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,
”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar – Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS) 

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.
Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.
Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,
”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.
Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Sumber : NMJNH.WORDPRESS.COM

Aktivis tuntut Royalti Minyak Kelantan bermandi darah

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi.

Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu.




Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno.

Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.

Tinjauan di laman Facebook Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mendapati beliau menyiarkan satu ucapan takziah terhadap aktivis Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang menjadi mangsa.

Di bawah ini kenyataan media yang dimaksudkan.

Rakaman Takziah dan Simpati YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kepada Mangsa Keganasan Himpunan Menyokong Royalti Minyak

1. Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima orang mangsa keganasan pihak yang tidak dikenali semasa Himpunan Menyokong Royalti Minyak di hadapan Kota Darulnaim pada pagi ini Isnin 26 Jun 2012.

2. Beliau yang sedang berada di Shah Alam, Selangor bagi menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini juga turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden ini yang disifatkan tidak wajar berlaku sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang telah dijamin di dalam perlembagaan.

3. Justeru, YAB Tuan Guru telah menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan sebagai mewakili YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika semua mangsa sedang membuat laporan polis sebentar tadi.

4. YAB Tuan Guru juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terhada usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat. Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan perhimpunan aman ini berjaya dilaksanakan.



Yang menjalankan tugas,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Jun 2012

Sumber: http://freemalays.blogspot.com/2012/06/aktivis-tuntut-royalti-minyak-kelantan.html#ixzz1zO1ajxdT

Doa sampai pecah perut


Dalam blog Nik Abdul Aziz, beliau menyeru seluruh rakyat doa kemusnahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Royalti minyak Kelantan yang dibayar dalam bentuk wang ehsan melanggar prinsip keadilan asasi.
Pada 1 Disember 2009, sekumpulan penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap doa musnah oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Demonstrasi diadakan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan ini mendesak menteri besar letak jawatan.
Pada 4 Disember 2009, perhimpunan balas diadakan di Jalan Dato' Pati selama sejam, bermula jam 10 pagi , sejurus selepas kuliah mingguan Nik Abdul Aziz di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan. Mereka memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru".Turut hadir ialah Datuk Husam Musa dan Dr Rosli Alani Abdul Kadir. Mereka membawa sepanduk bertulis "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah). Berdoalah sehingga orang itu pecah perut . Nik Aziz juga pernah menyindir peserta minum arak dalam pesta minum arak sampai pecah perut. [10] Pepatah Melayu ada menyatakan, 'Jangan panjat pokok pisang, nanti pecah perut'.

Ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala

Pada 4 Ogos 2009, rombongan disertai oleh Dato' Husam Musa,Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar,Dato' Kamarudin Jaffar dan Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain pergi dengan 3 buah bot ke pelantar minyak Cakrawala.Tengku Razaleigh Hamzah bekas pengerusi pertama Petronas menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.[7]Tujuan kerajaan Kelantan itu bagi memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya . Ia turut disertai beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger

Jangkauan sempadan


3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.
Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga rayaPelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.[5]
Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala LumpurMalaysia, dan 750 km dari BangkokThailand, di utara Lembangan Melayu. Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.[6] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar.

Akta Petroleum 1974


Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi PetronasTengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.[2]
Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum. Isu tuntutan royalti menjadi bahan ceramah parti PAS menjelang Pilihan raya kecil Manik Urai 2009 pada 14 Julai 2009.[3]Sebenarnya tiada diskriminasi terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu sebagaimana Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.[4]
Pada 8 Julai 2009,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan untuk lebih kredibiliti, Kabinet membuat keputusan biarlah Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangan.

Royalti minyak Kelantan


Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion